Saturday 18 October 2014

 Cerpen: Kerana Aku Beriman

                                                  Iman adalah paksi,
                                                 kepada yang berani dan sejati,
                                                 daripadanya muncul luar biasa,
                                                yang tidak akan mampu ditandingi sesiapa,

          Peluru bersimpang siur. Bunyi das tembakan kedengaran bertubi-tubi. Sekali-sekala bunyi letupan mengambil giliran. Tanah tersembur ke udara. Mereka di balik kubu menundukan kepala. Bunyi tembakan kembali mengisi suasana.

          "Allahuakbar. Dahsyat!" Dia menggeleng dan menyandarkan belakang tubuh pada dinding kubu sambil membetulkan perisai wajahnya.

          "Haha." Sahabat disebelahnya tertawa. Menggeleng juga.

          "Agak-agak, siapa yang akan dapat syurga hari ini, berbuka puasa dengan bidadari disana?" sahabtnya meluahkan pertanyaan. Dia memandang. Bunyi tembakan mngisi renggang. Senyuman meleret.

          "Alf Syuja', aku kira ayah kau patut namakan kau  La Mahdud Fi Syuja'ah." sahabatnya itu menjelirkan lidah. Alf Syuja'. Seribu keberanian. Dia tertawa dengan ulah sahabatnya itu. Berani dan bersahaja.

          "A'la, mari!"
          Alf Syuja' terus bersiaga dengan raifalnya dan keluar. A'la turut bagun dan keluar pada arah yang berlawanan. Bergerak melepasi kubu pertahanan mereka . Menembak dengan yakin menggunakan raifal al-jabbar rekaan watan. Beberapa musuh tumbang. Bom yang dijatuhkan  jet-jet pejuang meggegarkan medan. Sekali lagi semburan tanah menjadi hujan.

         Mereka mengambil tempat berlindung. Kini, mereka tidak bersama. Rakan- rakan yang lain menggantikan kemaraan mereka seakan gelombang yang kedua. Mara merobohkan pertahanan musuh. Bunyi tembakan berterusan.

          "A'la!" Alf syuja' melaung dari jauh. A'la dapat melihat sahabatnya iu menggerakan sedikti kepalanya sebagai isyarat bahawa dia mendengarnya.

          "Hari ini membuktikan iman!"Alf Syuja' mengangkat senjata. A'la membesarkan mata. "Syuja' berhati-hati!"

          Alf Syuja' bagun dan terus berlari pantas ke arah kubu musuh. A'la mahu menyusul, tetapi hujan peluru membatalkan niatnya. Dia sekadar mampu melihat A'la hilang dalam kabus peperangan.

Hari ini membuktikan keimanan.....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
        
                                                                                                                                  





No comments:

Post a Comment